Memiliki sahabat yang bertaqwa

Memiliki sahabat-sahabat yang mengingatkan kita kepada TAQWA adalah satu keperluan kehidupan yg ianya ada value yang amat bermakna untuk kepentingan akhirat kita.

Ini kerana Allah SWT ada menjelaskan di dalam Al Quran akan berlaku di akhirat nanti seseorang yang semasa DI DUNIA BERSAHABAT, DIAKHIRAT SALING JATUH MENJATUHKAN… SALING HINA MENGHINA.. SALING MUSUH-MEMUSUHI..

Firman Allah SWT di dalam Al Quran,

“AL AKHILA’U YAUMA-IDZIN BA’DUHUM LIBA’DHIN, ‘ADUWWUN ILAL MUTTAQIIN.”

“Teman-teman akrab(semasa di dunia) pada hari itu (kiamat) akan MENJADI MUSUH BAGI SEBAHAGIAN YANG LAIN, KECUALI orang-orang yang BERTAQWA”
[Al-Qur’an Surah az-Zukhruf: 67]

Justeru jika ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang selalu tag nama kita pada perkongsian yang ilmiah yang menjuruskan kepada mengingati akhirat, yang selalu ingatkan kita utk solat, utk ibadah, maka dialah sahabat sejati yang perlu kita appreciate.

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *