Pesan untuk kawan

_Menziarahi seorg teman yg sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu…_

_Dalam airmata bergenang dan lafaz yg tersangkut² dia berkata,” *jika hang tidak nampak aku di syurga, tolong tanya pada Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu…”*_

_Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik,” *Insyaallah, insyaallah*, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga…”_

_Kami menangis bersama, entah berapa lama…_

_Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya_

_Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorg ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kepada sahabatnya sambil menangis :_

*_”Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga.”_*

_Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :_

*_”Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat² mereka yg selalu bersama mereka dulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat² kami yg sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami…”_*

_Maka Allah berfirman,_ *_” Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat²mu yg di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah”.._*
_(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)_

_Maka wahai sahabat²ku,_

*_Didalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat.._*

*_Carilah sahabat² yg senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang utk mnegakkan agama._*

*_Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat utk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran._*

_Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing² hanya akan membawa diri sendiri._

*_Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita utk bersama ke syurga…_*

_Semaklah diri kita, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita…_

_Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita saja utk menjengah syurga Allah…_

_Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga…_

_Al-Hasan Al-Bashri berkata :_

*_”Perbanyakkanlah sahabat² mukminmu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”._*

_Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat² kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama² ke syurga…_

*_Jika tiada, mulakan sekarang utk mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi._*

_Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?_

——–
*_Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga.._*

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *